Thursday, May 26, 2011

Fenomena alam yang menjadi punca banjir di Kuala Nerang






Negeri-negeri di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia terutamanya kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan telah dilanda banjir selepas hujan yang berterusan melanda negeri-negeri terabait.

Fenomena banjir di perairan pantai utara, kedah dan Perlis adalah antara bah paling buruk berbanding fenomena yang berlaku pada tahun 2005. Banjir kali ini dianggap dahsyat kerana berlaku pembentukan lekukan tropika berbanding kejadian hujan monsun pada tahun 2005. Bagi negeri Kedah, hujan bagi tempoh 30 oktober 2010 hingga 3 november 2010 adalah lebih lebat berbanding dengan episod hujan pada 15-19 Disember 2005. Bagi Alor Setar, didapati jumlah curahan hujan kali ini adalah sebanyak 207 mm iaitu dua kali ganda berbanding jumlah yang dicatatkan pada disember 2005 iaitu sebanyak 119 mm. Selain itu, daerah Padang Terap juga mencatatkan jumlah hujan antara 300-530 mm untuk tahun 2010 ini.


seperti yang dapat kita lihat tompokan awan memang tertumpu di kawasan utara Semenanjung Malaysia.


Saturday, May 14, 2011

~PENGENALAN~

  

Peta Kedah:

          


     Kuala Nerang merupakan sebuah kawasan yang terletak di dalam daerah Padang Terap, Negeri Kedah Darul Aman. Daerah padang Terap meliputi sebahagian daripada Padang Terap yang merangkumi Kuala Nerang, Naka, Pedu, Padang Sanai dan pintu masuk Malaysia, Thailand iaitu Durian Burung. Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadankan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadankan dengan daerah Sik dan Pendang. 

            Kedudukannya mengikut bacaan latitud dan longitud iaitu 6.3’ utara dan 100.4 timur. Perkataan Kuala  tercipta daripada pertembungan dua sungai iaitu Sungai Pedu  dan Sungai Ahning, manakala Nerang pula membawa maksud kawasan yang merimbun dan teduh kerana kawasan sekitarnya di penuhi pokok-pokok dan hutan. Keistimewaan nama Nerang juga dikatakan diambil sempena nama anak YTM Tuanku Abdul Rahman Putera Al-haj iaitu bapa kemerdekaan yang pernah bertugas sebagai pegawai di daerah ini.