AKTIVITI

LAPORAN KAJI SELIDIK TENTANG BANJIR DI DAERAH PADANG TERAP

PENGENALAN

          Terdapat 12 buah mukim di bawah Daerah Padang Terap yang terlibat dalam bencana banjir hampir setiap tahun terutamanya di Kuala Nerang. Terdapat 1436 buah keluarga yang terlibat  dan jumlah keseluruhan mangsa banjir sebanyak 5515 orang. Bencana banjir telah menyebabkan berlaku kemusnahan dan kerugian harta benda, tanaman serta ternakan penduduk kampung. Malah, kehilangan nyawa juga turut berlaku semasa kejadian banjir di daerah Padang Terap. Oleh itu, pihak Universiti Sains Malaysia dibawah kendalian Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) telah menjalankan sebuah kajian terhadap penduduk kampung di Daerah Padang Terap yang menjadi mangsa banjir. Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan maklum balas responden mengenai tahap kerentanan, kaedah adaptasi dan mitigasi terhadap bencana banjir. Selain itu, untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung sebelum, semasa dan selepas banjir  di kawasan tersebut.  Aktiviti kaji selidik ini telah dijalankan selama enam hari iaitu dari 5 Jun sehingga 10 Jun 2011. Seramai 700 orang responden telah berjaya di temu bual.

KAMPUNG-KAMPUNG YANG TERLIBAT BANJIR DAN BILANGAN RESPONDEN YANG BERJAYA DI TEMU BUAL


1.     MUKIM BATANG TUNGGANG KIRI

Jumlah keluarga terlibat        : 43 buah
Jumlah mangsa keseluruhan : 116 orang

NAMA KAMPUNG
BILANGAN RESPONDEN (orang)
Kampung Padang Sanai
12
Balai Polis Padang Sanai
1
Kampung Bonggol 9
1



2.     MUKIM BATANG TUNGGANG KANAN

Jumlah keluarga terlibat        : 2 buah
Jumlah mangsa keseluruhan : 5 orang

NAMA KAMPUNG
BILANGAN RESPONDEN (orang)
Kampung Seberang Padang Sanai
2
Kampung Bangul
1


3.     MUKIM PADANG TERAP KANAN

Jumlah keluarga terlibat        : 125 buah
Jumlah mangsa keseluruhan : 546 orang

NAMA KAMPUNG
BILANGAN RESPONDEN (orang)
Kampung Pokka
23
Kampung Padang Gelanggang
16
Kampung Tanjung
70
Berek Polis Padang Pokka
1



4.     MUKIM PADANG TERAP KIRI

Jumlah keluarga terlibat        : 63 buah
Jumlah mangsa keseluruhan : 239 orang

NAMA KAMPUNG
BILANGAN RESPONDEN (orang)
Kampung Padang Chenderai
6
Kampung Tanjung Kiri
12



5.     MUKIM BELIMBING KIRI

Jumlah keluarga terlibat        : 345 buah
Jumlah mangsa keseluruhan : 1206 orang

NAMA KAMPUNG
BILANGAN RESPONDEN (orang)
Kampung Seberang
13
Taman Mesra
51
Kampung Belimbing
1
Kampung Sungai Kechik
23
Kampung Kuala Janing
41
Kampung Bendang Raja
9


6.     MUKIM BELIMBING KANAN

Jumlah keluarga terlibat        : 366 buah
Jumlah mangsa keseluruhan : 1478 orang

NAMA KAMPUNG
BILANGAN RESPONDEN (orang)
Kampung Masjid
4
Taman Jelutung
17
Taman Sentosa
18
Kampung Mani A
12
Kampung Mani B
5
Kampung Mani C
10
Kampung Baru
7
Kampung Barokhas
13
Kampung Padang Lanjut
14
Kampung Semeliang
33
Kampung Jelutung
8
Kampung Acheh
6
Kampung Belukar
1
Quarters Pejabat Haiwan
1

7.     MUKIM TUALAK

Jumlah keluarga terlibat        : 9 buah
Jumlah mangsa keseluruhan : 32 orang

NAMA KAMPUNG
BILANGAN RESPONDEN (orang)
Kampung Labi
1
Kampung Abau
2

8.     MUKIM TEKAI KANAN

Jumlah keluarga terlibat        : 23 buah
Jumlah mangsa keseluruhan : 127 orang

NAMA KAMPUNG
BILANGAN RESPONDEN (orang)
Kampung Kubang Bemban
2
Kampung Kubang Julok
3
Kampung Tandop Besar
4
Kampung Lubuk Perong
1

9.     MUKIM TEKAI KIRI

Jumlah keluarga terlibat        : 22 buah
Jumlah mangsa keseluruhan : 78 orang

NAMA KAMPUNG
BILANGAN RESPONDEN (orang)
Naka Thai
1
Kampung Sireh
2
Kampung Bendang Tok Teri
4
Kampung Baru Naka
2



10.  MUKIM KURUNG HITAM

Jumlah keluarga terlibat        : 133 buah
Jumlah mangsa keseluruhan : 494 orang

NAMA KAMPUNG
BILANGAN RESPONDEN (orang)
Kampung Kubang Lintah
9
Kampung Malau
6
Kampung Padang Balai
3
Kampung Kubu
31
Kampung Lubuk Ipoh
2

11.  MUKIM PEDU

Jumlah keluarga terlibat        : 43 buah
Jumlah mangsa keseluruhan : 171 orang

NAMA KAMPUNG
BILANGAN RESPONDEN (orang)
Kampung Kuala Tekai
10
Kampung Meku
1

12.  MUKIM PADANG TEMAK

Jumlah keluarga terlibat        : 193 buah
Jumlah mangsa keseluruhan : 827 orang
NAMA KAMPUNG
BILANGAN RESPONDEN (orang)
Kampung Kuala Pai
38
Kampung Perupok
5
Kampung Kerbau Guling
1
Kampung Abau
2
Kampung Rambutan
20
Kampung Kuala Kejai
2
Kampung Seberang Paya
2
Kampung Machang
4
Kampung Paya
1
Kampung Tanjung Putus
2
Kampung Nai Teh
5
Kampung Kuala Nai Teh
1
















BENGKEL ‘FOCUS GROUP DISCUSSION’ BERSAMA JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKKP) DAN MAJLIS KETUA KAMPUNG (MKK) DAERAH PADANG TERAP, KEDAH.

1.0 PENGENALAN

Pada 22 Jun 2011 dan 23 Jun 2011, bertempat di Terap Inn, Kuala Nerang Kedah telah diadakan bengkel perbincangan kumpulan sasar ataupun ‘Focus Group Discussion’ (FGD) antara penyelidik-penyelidik Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) dengan wakil-wakil dari Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKKP) serta Majlis Ketua Kampung (MKK) Daerah Padang Terap. Wakil-wakil dari JKKKP dan MKK ini adalah merupakan individu yang kawasan mereka dinaiki air dan mengalami bencana banjir juga merupakan mangsa banjir.

1.1 OBJEKTIF

Objektif diadakan FGD ini adalah untuk :


1.   Untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh JKKP dan MKK ketika banjir.
2.  Untuk mengenal pasti penyelesaian sesuai yang boleh di ambil sebelum, semasa dan selepas
    berlakunya banjir 
3.  Untuk mengenal pasti keperluan utama yang ketika banjir.

1.2 KAEDAH KAJIAN

Kaedah FGD

1.3 HASIL KAJIAN

Bengkel FGD yang pertama adalah bersama pengerusi-pengerusi JKKP yang telah dijalankan pada petang 22 Jun 2011 di bilik mesyuarat Terap Inn, Kuala Nerang Kedah. Seramai 10 orang pengerusi dipanggil tetapi yang hadir hanya 6 orang sahaja. Pengerusi-pengerusi JKKP kampung yang terlibat pada petang itu adalah dari kampung Kuala Pai iaitu yang terburuk sekali banjir, Kampung Rambutan, Kampung Tengah, Kampung Sungai Kechik dan Kampung Bendang Raja. Isu-isu yang dibangkitkan pada petang itu adalah dari segi bekalan makanan yang lambat dan juga dari segi penghantaran barangan yang lambat disebabkan kekangan oleh kemudahan bot yang terhad dan juga keadaan muka bumi yang tidak sama yang lagi memburukkan keadaan. Jadual di bawah merupakan senarai nama pengerusi JKKP dan kehadiran dalam FGD.


  
  Pada sebelah malamnya di tempat yang sama juga, telah diadakan FGD bersama dengan MKK Daerah Padang Terap. Dari sebelas orang MKK hanya 7 orang sahaja yang hadir iaitu dari Kampung Kuala Kejai, Kampung Batu 17 ½, Kampung Barokhas, Kampung Malau, Kampung Padang Gelanggang, Kampung Pokka, dan Kampung Kuala Tekai.  Antara isu dan masalah yang berbangkit adalah dari segi pengagihan barangan yang tidak adil di pusat penempatan banjir dan juga masalah pengangkutan barangan bantuan kepada mangsa banjir di pusat penempatan banjir. Tiada ketelusan dalam pengagihan barangan dibangkitkan iaitu pihak MKK menyalahkan pihak JKKP yang salah menggunakan kuasa dalam pengagihan barangan makanan untuk mangsa banjir. Di bawah adalah senarai nama MKK dan kehadiran dalam bengkel FGD yang diadakan tersebut.




  Pada 23 Jun 2011 di tempat yang sama juga, sesi kedua FGD berlangsung yang melibatkan pengerusi JKKP pada sebelah petangnya. Antara wakil JKKP yang hadir pada petang itu adalah dari Pekan Kuala Nerang, Kampung Padang Lanjut, Kampung Bonggol 9, Kampung Padang Gelanggang, Kampung Pokka dan Kampung Semeliang iaitu seramai 8 orang. Antara isu-isu yang berbangkit adalah juga masalah pengangkutan yang tidak mencukupi iaitu bot yang merupakan kenderaan utama semasa banjir. Juga isu salah-menyalahkan antara JKKP dan juga MKK juga dibangkitkan.


  Perbincangan juga menarik kerana terdapat seorang wakil dalam FGD kali ini merupakan seorang penerima pampasan pertanian sejumlah RM 34, 000.00 dan yang lebih menghangatkan keadaan adalah di mana beliau terus menerus memperbetulkan keadaan agar tidak wujud salah faham dalam soal pemberian dan penerimaan pampasan pertanian. Juga ditekankan oleh JKKP Kampung Pokka berkenaan dengan masalah bot di mana pernah berlaku kecurian barangan yang sepatutnya dihantar kepada mangsa banjir barangan tersebut telah dicuri dari sebuah tempat simpanan barangan sementara menunggu bot sampai. Jadual di bawah adalah merupakan senarai nama JKKP dan kehadiran dalam FGD yang diadakan. 


  Akhir sekali pada sesi malamnya, di tempat yang sama FGD yang diadakan melibatkan MKK. MKK yang hadir pada malam itu adalah seramai 11 orang iaitu dari Kampung Sungai Acheh, Kampung Sungai Kechik, Kampung Padang Balai, Kampung Mani, Kampung Kubu, Kampung Labi, Kampung Tandop Besar ,Kampung Kubang Bemban, Kampung Pengkalan Tok Puteh dan Kampung Banggol 9. Perbincangan pada malam itu lebih menjurus kepada kekurangan keperluan yang amat-amat perlu disalurkan iaitu bot, khemah, khidmat kaunseling, barangan dapur dan kelengkapan pusat pemindahan banjir. Seperti sebelum-sebelum ini, saling menyalahkan antara sesuatu pihak menjadi kelaziman. Juga berlaku pada malam tersebut. Perbincangan juga lebih banyak berkisar kepada ideologi politik yang ternyata terkeluar dari topic asal perbincangan dan kami terpaksa mengembalikan perbincangan ini selari dengan objektif FGD  yang asal.


1.4 PERMASALAHAN KAJIAN

Sepanjang FGD yang telah dijalankan ini terdapat beberapa masalah yang timbul seperti

1.   Kelewatan dalam mengikut masa yang ditetapkan. Kebanyakan responden tidak dapat hadir pada masa   yang ditetapkan. Keadaan ini telah menyukarkan pihak USM untuk  menyusun semula jadual program.
2.   Beberapa orang wakil JKKKP dan MKK kurang memberikan respond dalam pertanyaan yang  diberikan. Keadaan ini telah menyukarkan pihak USM untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Mereka lebih banyak melihat dan mendengar.
3.    Terdapat beberapa orang JKKKP dan MKK yang dipanggil bagi mengikuti FGD ini tidak dapat hadir.
    Ada di antara mereka ini yang tidak hadir ada memberikan alasan dan sebahagiannya lagi tidak. Keadaan ini telah menyukarkan pihak USM dalam urusan pembahagian hadiah dan makanan maka wujud lebihan yang merugikan,

RUMUSAN

Hasil perbincangan di antara pihak USM bersama dengan JKKKP dan MKK selama 2 hari yang meliputi 4 sesi, banyak masalah yang dapat kami cungkil dan bersama sama membincangkan masalah tersebut bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Respond yang diberikan oleh pihak JKKKP dan MKK sangat baik dan mereka sangat berterima kasih kepada pihak USM kerana sudi mendengar masalah mereka. Apa yang amat diharapkan adalah segala permasalahan yang timbul itu dapat dibawa kepada pihak yang berkenaan.